Ads2

loading...

Tuesday, 25 December 2018

DAUN PEGAGA

Khasiat daun Pegaga


Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya me­ngelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.
Image result for khasiat daun pegaga
Daun Pegaga dilihat secara dekat
Apabila disapukan pada kulit, sifat antibakteria, antikuman dan antiradang yang ada pada pegaga dilihat dapat mempercepatkan pemulihan luka dengan merawat tisu yang rosak dan mengurangkan parut. Bahkan juga, bahan aktif pada pegaga yang merangsang peredaran darah mempercepatkan proses pemulihan di bahagian luka atau terbakar selain menggalakkan pembentukan kolagen, sekaligus mengurangkan masalah seperti parut atau regangan kulit.
Perubatan tradisional menggunakan pegaga untuk merawat parut dan masalah selulit yang sering dialami wanita. Pegaga dikatakan mampu merawat kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. 
Image result for khasiat daun pegaga
Daun Pegaga dari bahagian atas

No comments:

Post a Comment

CARA ATASI SAKIT GIGI

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI Sakit gigi memang perkara yang sangat menyakitkan. Silap ckapa dengan kawan pon boleh gaduh ahahahaha... be...