Ads2

loading...

Friday, 4 January 2019

CARA ATASI SAKIT GIGI

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI

Sakit gigi memang perkara yang sangat menyakitkan. Silap ckapa dengan kawan pon boleh gaduh ahahahaha... berikut saya kongsikan sedikit petua untuk mengatasi masalah ini.


Image result for gigi berlubang
ihsan manaberita.com




1. HILANGKAN PLAK

Ini cara menghilangkan sakit gigi yang pertama. Berkumur dengan bahan kumur seperti Listerine supaya dapat hilangkan plak pada gigi. Plak antara punca-punca gejala sakit gigi. Buat sekurang-kurangnya 3 kali sehari selepas membasuh gigi.

2. MINYAK GAMAT

Cara menghilangkan sakit gigi ini, tidak ramai orang tahu. Cuba letakkan minyak gamat pada putik kapas dan sapukan pada bahagian yang sakit.

3. GIGIT BUNGA CENGKIH

Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. Insya-Allah beransur hilang.

4. KUMUR DENGAN AIR GARAM

Bancuh satu sudu kecil garam pada secawan air hangat. Kacau sampai larut. Biarkan hingga suam kemudian kumurlah dengan air garam tadi. Jika mencuba cara menghilangkan sakit gigi dengan air garam, jangan sampai terminum air garam tadi pula.

5. KAPUR SIRIH

Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Kunyahlah sirih yang bercampur sedikit kapur. Insya-Allah sakit gigi itu akan cepat hilang.

6. KUMUR AIR REBUSAN SIRIH

Ambil 10 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4-6 gelas sehingga mendidih. Sejuk dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang.

7. LIDAH BUAYA

Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

8. HABBATUS SAUDA

Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habbatus sauda), letakkan dalam gigi yang berlubang.

9. DAUN SERAI

Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

10. TOMATO MUDA

Ambil buah tomato muda yang dibelah dua, kemudian masukkan tomato ke bahagian yang sakit tadi. Andaikata gigi anda dimakan ulat, ulat itu akan keluar dengan sendirinya.

Setelah itu kumur-kumurlah dengan air apabila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai Insya-Allah sakit gigi akan hilang.

11. GAMBIR

Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit. Gambir akan mengebaskan gigi tetapi jangan gunakan terlalu banyak kerana ianya akan mengebaskan bibir. Insya-Allah.



Jika tidak sembuh jua, pergilah berjumpa dengan doktor pada kadar yang segera.

Tuesday, 1 January 2019

SELAMAT TINGGAL 2018 DAN SELAMAT DATANG 2019

UCAPAN TAHUN BARU DARI EDITOR TIPS DAN PETUA-PETUA KEGUNAAN SEHARIAN




Selamat menyambut tahun baru 2019 diucapkan kepada semua pengguna-pengguna internet khususnya pembaca blog ini. Dikesempatan ini pihak kami ingin memohon ampun dan maaf sekiranya tidak dapat menyediakan konten yang gempak-gempak. Salam sejahtera dan selamat maju jaya!!!

Image result for happy new year 2019
courtesy 123rf.com

Wednesday, 26 December 2018

HILANGKAN PANAU

CARA MENGHILANGKAN PANAU PADA KULIT BADAN

Lemon dan kapur makan

Image result for lemon dan kapur sirih
Kapur Makan-Ihsan Google

Image result for lemon dan kapur sirih
Perahan lemon- Ihsan Google

Air perahan lemon dicampur kapur makan/kapur makan sirih pinang dan kemudiannya disapukan pada bahagian yang terkena panau. Sedikit pedih pada kulit,

Daun Gelenggang dan Kapur makan

Image result for daun gelenggang
Daun Gelenggang-Ihsan Google
Daun Gelenggang diupar pada tapak tangan sehingga berbuih kehijauan dicampurkan bersama sedikit kapur makan sirih. Disapukan pada kawasan yang terkena panau.

Halia

Ambil halia sebesar ibu jari dewasa, tumbuk sehingga lumat. Tempekkan pada kawasan panau 10-15 minit dan amalkan selalu.

Buah Pinang 

Ambil air buah pinang yang diperah dan disapukan pada kawasan yang terkena panau. Amalkan selalu ya.

Tuesday, 25 December 2018

DAUN SIRIH

Khasiat sirih hijau

Related image
Pokok Sirih- Ihsan Google
Menyembuhkan luka. Manfaat daun sirih hijau yang utama adalah membantu percepatan penyembuhan luka. Antioksidan di dalam daun sirih hijau mampu menyembuhkan stres oksidatif sehingga dapat menyembuhkan luka lebih cepat. Tekan bahagian luka dengan daun sirih yang sudah ditumbuk, kemudian balut dengan peraban.

Mengobati nyeri. Daun sirih tinggi akan chavicol yang berfungsi sebagai zat anti inflamasi. Meminum air rebusannya akan membantu meringankan nyeri di dalam tubuh.

Mengobati gangguan pencernaan. Minum air rebusan sirih akan membantu penyerapan mineral dan nutrisi. Sementara mengurapi perut dengan minyak daun sirih bermanfaat untuk memperlancar pencernaan.

Menurunkan berat badan. Mengambil daun sirih bermanfaat untuk meningkatkan sistem metabolisme, meningkatkan sekresi pencernaan, serta menghilangkan kelebihan air dan racun dari dalam tubuh. Semuanya penting dalam upaya penurunan berat badan.

Mengobati sakit Tekak. Sifat anti bakteri dan anti-inflamasi pada daun sirih menjadikannya ubat alami untuk demam dan sakit tekak.

Mengobati disfungsi ereksi pada lelaki. Sirih boleh melebarkan pembuluh darah di alat vital serta bermanfaat sebagai anti depresan.

Melawan kanser. Manfaat daun sirih yang tak banyak diketahui adalah sebagai ubat anti-kanker. Mengunyah daun sirih diketahui mampu mencegah dan mengatasi kanser sumsum tulang dan meningkatkan harapan kesembuhan bagi pasien leukemia myeloid kronis. Fakta ini dibuktikan dalam penelitian yang dilakukan oleh Indian Institute of Chemical Biology (IICB), Institute of Haematology and Transfusion Medicine, Kolkata, dan Piramal Life Sciences, Mumbai.

Mengatasi gatal. Alergi atau masalah kulit bisa diubati dengan mandi air rendaman sirih. Rendam sirih hijau dalam seember air panas, kemudian tunggu sampai airnya menghangat dan pakailah untuk mandi.

Mengatasi luka bakar. Menurut Beauty Health Tips, daun sirih bisa dimanfaatkan untuk luka lecur ringan. Cuci bersih sirih, kemudian remas-remas. Tambahkan sedikit madu organik dan tempelkan pada bagian kulit yang luka lecur.

Mencegah bau badan. Minyak esensial di dalam sirih akan mengatasi bau badan yang tak sedap. Begitu juga sifat anti-bakteri yang dimilikinya.

MENGHILANGKAN PANAS BADAN AKIBAT KERJA BERAT SEHARIAN

PANAS BADAN DAN CARA MENGATASINYA

Bagi sesiapa yang biasa bekerja buruh ataupun berkebun biasanya tidak dapat lari dari masalah ini. Terdedah terlalu lama pada kawasan panas matahari menyebabkan badan kita menjadi tidak selesa.
Untuk mengatasi masalah ini, berikut saya kongsikan beberapa kaedah bagi menangani masalah ini


ENO
Image result for eno
Sekadar gambar hiasan
Jika rasa panas seperti tidak mahu keluar habis walaupun selepas berehat dan mandi, ambil setengah gelas air masak masukkan sepeket serbuk ENO kacau dan minum.

PERAHAN LIMAU NIPIS DAN SECUBIT GARAM

Image result for air limau nipis
Sekadar gambar hiasan


Salah satu kaedah yang saya gunakan seperti berikut. Potong setengah biji limau nipis yang sedang, jika kecil buahnya gunakan sebiji terus. Perahkan kedalam segelas air panas, kacau sehingga kesemuanya larut dan minum panas-panas. diambil 3kali sehari, lewat pagi, petang dan malam.

PANADOL SOLUBLE

Image result for panadol soluble
Sekadar gambar hiasan
Masukkan kedalam secawan air suam dan minum mengikut aturan yang ditetapkan.


AIR KELAPA MUDA

Image result for air kelapa muda
Sekadar gambar hiasan


Ambil segelas air kelapa muda.campurkan secubit garam, kacau sehungga sebati dan minum.

Jika keadaan panas badan tidak turun, segeralah ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan selanjutnya.



CARA ATASI SAKIT GIGI

PETUA MENGHILANGKAN SAKIT GIGI Sakit gigi memang perkara yang sangat menyakitkan. Silap ckapa dengan kawan pon boleh gaduh ahahahaha... be...